Sunday 22 September 2013

Overpopulation

Tajuk post kali ni berkenaan dengan populasi yang padat atau in english we call it as "Overpopulation"...
Alhamdulillah Malaysia belum lg menjangkau masalah ini. penduduk Malaysia masih lg mampu mempunyai satu rumah untuk satu keluarga. tidak kira la kecil atau besar rumahnya. 



Jadual ini diperolehi daripada laman web seperti yang di atas. Saya mengeluarkan jadual ini adalah kerana jadual ini menunjukkan dengan jelas kawasan-kawasan yang mengalami kepadatan penduduk yang tinggi ke rendah. 

Saya mulakan dengan negara-negara yang mempunyai bilangan penduduk yang paling tinggi di dunia. 


website ini merekod setiap pergerakan bilangan penduduk yang bertambah dan berkurang. yang berwarna merah itu maksudnya populasi tgh berkurang dan mereka dalam usaha mengurangkan masalah overpopulation. Malaysia belum termasuk dalam kategori ini lagi.. bersyukur la banyak2.. kalau ekonomi stabil negara maju mungkin ada cara untuk atasi masalah overpopulation ni. walaubagaimanapun jika masalah kepadatan penduduk terjadi, perubahan akan berlaku pada cara hidup (lifestyle), ekonomi dan kitaran perbelanjaan penduduk di kawasan tersebut. Usaha-usaha untuk memastikan rakyat hidup aman dan tidak berada dalam masalah kemiskinan perlu dilakukan.

Kita kecilkan skop kepada negara yang telah mengambil inisiatif untuk menanggani masalah "overpopulation".

China....

China merupakan negara yang mempunyai penduduk paling ramai di dunia. Kerajaan negara ini telah mengambil satu langkah bagi mengurangkan masalah kepadatan penduduk ini dengan melaksanakan satu polisi iaitu "One-Child Policy". 

Apakah One-Child Policy ini???

polisi ini diperkenalkan pada era 1970an bagi mengawal populasi penduduk yang meningkat dengan cepat. polisi ini hanya membenarkan satu keluarga mempunyai satu anak sahaja. Namun begitu beberapa kes telah dikecualikan seperti ibu yang melahirkan anak kembar, keluarga yang berada di kampung, etnik minoriti yang terdapat di negara itu dan pasangan yang berasal daripada jumlah sedara yang sedikit.

Apakah tindakan yang dikenakan???

Pasangan yang telah melanggar polisi ini akan dikenakan denda yang sangat mahal. hal ini bagi membendung masalah sosial dan membentuk ekonomi yang stabil.
Beberapa pengkaji ekonomi telah membuktikan bahawa peningkatan jumlah penduduk tidak akan menjamin kemajuan ekonomi pada masa hadapan (Qinwei Wang and Gareth Leather).

Namun begitu polisi ini hanya bertahan untuk beberapa dekat dan mula mendapat kritikan daripada penduduk. pada 2011 kerajaan China telah mula mengambil langkah untuk membenarkan anak kedua dalam sebuah keluarga. Hal ini berikutan terdapat beberapa kes bunuh diri dan beberapa kes sosial yang lain kerana terlalu kecewa. 

Masalah lain seperti anak-anak ini tidak mempunyai hubungan sosial yang baik kerana mereka hanya bergaul dengan golongan tua dan terlalu dimanjakan dan dijadikan raja dalam keluarga tersebut. Selain itu, apabila sesebuah keluarga ditimpa musibah bencana alam, mereka tiada waris yang mencukupi. 

Namun begitu pengurangan jumlah kelahiran dari masa ke semasa disebabkan polisi ini telah menyebabkan kerajaan China menganggap polisi ini merupakan satu langkah yang berjaya tanpa mengambil kira kesan lain. 

that all... thank you for read... :)


bubye semue...



appertizzerrrr....

hye semua...

ehem2... xbaik..... mulakan dengan elok2...

Assalammualaikumwarahmatullahiwabarakatuh....
sehat ke semua? :)

jom la jengah2 blog ni.. kita "sharing is caring" sesama.. ni blog untuk kelas sustainable tp apa la salah nye saya nak share dengan semua.. hehehe chill ya...