Monday 28 October 2013

Creative Cities

Creative Cities....

Sejak Kebelakangan ini "Creative Cities" menjadi topik perbualan para akademik mahupun pemimpin dunia. Malaysia kini mula menerapkan unsur-unsur "Creative City" dalam elemen pembangunan negara.

Apakah yang dikatakan "Creative City"??

Creative City atau disebut Bandar Kreatif merupakan satu terma yang digunakan untuk membangunkan sebuah kawasan atau bandar. Bandar kreatif mempunyai semangat identiti, keunikan dan kekuatan tersendiri. Sebuah bandar yang membangun dengan unsur bandar kreatif mempunyai satu nilai atau keunikan yang menjadikannya unik di pentas dunia.

Idea bandar kreatif adalah untuk membolehkan orang ramai untuk berfikir, merancang dan bertindak dengan imaginasi untuk memanfaatkan atau menangani masalah di sesebuah kawasan atau bandar. Aplikasi imaginasi yang menggunakan sifat-sifat seperti kepintaran, daya cipta dan sebagainya digunakan dalam membentuk sebuah bandar kreatif.

Bandar kreatif tidak hanya fokus kepada seorang pelukis atau mereka yang mempunyai bakat seni sahaja malah sesiapa sahaja yang mempunyai idea untuk menyelesaikan masalah di sekeliling dengan menggunakan idea yang kreatif dapat membangunkan sebuah bandar kreatif.

Terdapat 5 elemen kreatif yang dikategorikan untuk menjadi sebuah bandar kreatif.

1) Modal Insan
Teori Modal Insan mengatakan bahawa kunci pertumbuhan rantau adalah khazanah orang-orang yang berpendidikan tinggi dan produktif. Teori ini menyatakan tentang keupayaan bandar untuk menarik orang kreatif yang akan menggalakkan pertumbuhan ekonomi (Jacobs,1984).

2) Keterbukaan dan Kepelbagaian
Kawasan bandar yang mempunyai persekitaran sosial yang terbuka kepada kreativiti dan kepelbagaian dalam semua bentuk diperlukan. Tarikan kepada orang-orang kreatif yang mempunyai bakat dalam bidang seni dan budaya merupakan satu kelebihan untuk meningkatkan ekonomi sebuah bandar. Selain itu, kemasukan industri berteknologi tinggi ke sebuah kawasan merupakan aset untuk melonjakkan ekonomi kawasan tersebut. Kreativiti dilihat sebagai penggerak utama kepada pertumbuhan ekonomi (Florida,2002).

3) Persekitaran Sosial dan Budaya
Kepelbagaian bandar diterapkan dalam elemen ini seperti kepelbagaian bangunan, rakyat dan ekonomi mereka (Jacobs, 1961). Kajian menunjukkan bahawa di Amerika Syarikat, bandar Milineus dengan iklim antarabangsa meransang kreativiti yang toleran yang mempunyai kepelbagaian sosial merupakan bandar yang paling pesat berkembang dari segi ekonomi. Kepelbagaian akan mengalu-alukan masyarakt yang berbeza pendapat, idea, bakat dan pemikiran yang bebas. Hal ini merupakan elemen untuk pembangunan bandar kreatif.

4) Institusi
Institusi membantu dalam pembangunan sebuah bandar kreatif kerana wujudnya golongan cendiakawan yang lahir dari institusi pendidikan. Apabila penubuhan institusi di sebuah bandar atau kawasan maka terciptanya kajian-kajian baru untuk menyelesaikan isu di kawasan tersebut. Hasil kajian ini akan mencipta sesuatu rekacipta baru yang dapat digunapakai di kawasan tersebut.

5) Teknologi.
Teknologi penting dalam membangunkan sesebuah industri. Sebagai contoh Adorno (1980) telah melakukan kajian terhadap cara masyarakat dalam industri budaya menggunakan teknologi untuk memasarkan produk budaya yang dibuat secara tradisional seperti rakaman muzik, dan percetakan buku.
 
Perbezaan ciri-ciri kreatif adalah lahir daripada masyarakat yang berkecimpung dalam industri ini. "Super creative core" merupakan kelas industri kreatif yang terbaru yang melibatkan golongan saintis, jurutera, professor, pemuitis, penulis, pelukis, penghibur, pelakon, pereka dan arkitek. Golongan ini akan membentuk satu rekaan baru yang akan digunapakai atau dijual secara meluas. 

Selain itu, terdapat juga golongan yang penting dalam pembangunan sebuah bandar kreatif iaitu "golongan professional". Golongan ini akan terlibat dalam proses menyelesaikan masalah. Golongan ini termasuklah mereka yang bekerja dalam sektor berteknologi tinggi, perkhidmatan kewangan, sektor kesihatan dan pengurusan perniagaan. 

Terdapat beberapa bandar yang telah diisytiharkan sebagai bandar kreatif di dunia. 
1) Peterborough, Kanada = Populasi yang berpendidikan Tinggi. Bandar ini menyediakan pekerjaan kepada pelajar selepas tamat pengajian di institusi di bandar ini.  

2) Bilbao, Spain = Guggenheim museum menjadi simbolik dan transformasi bandar tersebut.

3) United State = Masyarakat mengubah jalan menjadi sebuah ruang yang mempunyai seni .

4) Brisbane, Australia = bandar komuniti festival


No comments:

Post a Comment