Saturday 19 October 2013

Human Footprint

Entri Kali ini saya tertarik untuk menulis berkenaan dengan human footprint.



Human Footprint satu perkataan yang acap kali digunakan oleh mereka yang mempertahankan alam sekitar. Namun sejauh mana pemahaman manusia terhadap perkataan Human Footprint ini??

Human footprint merupakan satu perkataan yang merujuk kepada kesan tindakan manusia atau perlakuan manusia terhadap alam sekitar. Setiap aktiviti manusia menggunakan sumber semulajadi. sebagai contoh air dan udara. 2 sumber yang dilihat tidak memberi impak yang teruk kepada alam sekitar namun jika dinilai, 2 sumber ini sedang sakit dimamah hari. 

MENGAPA???

Jika kita renungkan perjalanan hidup kita dari permulaan hari sewaktu kita bangun tidur sehingga kita tidur kembali. kita menggunakan banyak sumber terutama udara. 

-Kita menggunakan kipas yang akan menjana haba. Namun Masyarakat sekarang lebih cenderung menggunakan alat penghawa dingin berbanding kipas atas faktor suhu bumi yang semakin meningkat. penggunaan ini akan menipiskan ozon. namun isu dan masalah ini tidak dilihat berkesan untuk menyedarkan masyarakat kita pada hari ini disebabkan faktor keselesaan. 

- Kita menggunakan kenderaan untuk bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi. Kenderaan bermotor akan menghasilkan gas carbon yang akan menyebabkan impak lain kepada alam. Masalah jerebu yang timbul juga tidak menghalang masyarakat untuk terus menggunakan kenderaan bahkan semakin hari semakin bertambah kenderaan di atas jalan raya. Tambahan pula polisi kerajaan yang menurunkan harga kereta bagi memudahkan urusan jual beli kereta dijalankan akan menambahkan lagi bilangan kereta di atas jalan raya. 

-Kita menonton televisyen di rumah. berapa banyakkah cas elektrik yang dilakukan untuk membolehkan kita menonton tv di rumah? penjanaan elektrik akan menghasilkan haba yang akan membawa kepada pemanasan global. "Earth Hour" merupakan salah satu inisiatif yang dilakukan bagi usaha menyelamatkan bumi. Namun begitu berapa ramai masyarakat mengambil nahagian dalam program ini walaupon program ini telah dihebahkan. 

- Kita menggunakan air setiap hari. tahukah anda air merupakan satu unsur yang kian hari meningkat harganya. Namun begitu masih ramai lagi yang melakukan pembaziran air. Video ini diambil dari laman web http://www.wwf.org.au. Dalam video ini menceritakan nilai penggunaan air dan beberapa aspek kesedaran juga telah diselitkan dalam video ini. 



Oleh yang demikian sama-sama la kita menilai sejauh mana sumbangan kita terhadap alam sekitar dalam usaha mempertahankan kelestarian alam. selamatkan alam sekitar sebelum anak cucu kita ketandusan sumber alam. 



No comments:

Post a Comment